Nilai Diri dan Sosial


Nilai Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri siswa guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya siswa guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang berkaitan dengan peranan sebagai agen sosialisasi patut ditanam dan dikembangkan sejak berada di IPG lagi. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh siswa guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.