Rasional

Kualiti Siswa Guru  (KSG)  digubal berdasarkan rasional yang berikut :

  • siswa guru perlu mengamalkan pedagogi abad 21, mempunyai pengetahuan isi kandungan, kemahiran insaniah serta nilai diri dan sosial yang tinggi dan berkualiti serta tekal berkualiti di sepanjang profesionnya.
  • Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi.
  • Matlamat transformasi IPG adalah untuk menjadikan IPG sebagai institusi latihan guru yang utama dalam meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui pembangunan pendidikan guru. Justeru, adalah wajar satu alat pengukuran kualiti siswa guru bagi IPG dibangunkan.