Tujuan

Kualiti Siswa Guru (KSG) digubal bagi tujuan yang berikut iaitu:

  1. mengenal pasti tahap kompetensi  pedagogi abad 21, pengetahuan isi kandungan, kemahiran insaniah serta nilai diri dan sosial siswa guru.
  2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh IPG bagi menjamin tahap kompetensi siswa guru yang dihasratkan tercapai.
  3. memastikan matlamat transformasi IPG dalam meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui pembangunan pendidikan guru tercapai.